
Nakhoda 4 Mursyidul Am ke-5
Mustafa Masyhur
Dakwah Merentas Benua
Ahli kaji cuaca yang menyertai Ikhwan pada usia 15 tahun, kemudian dipenjarakan tiga kali, hampir 19 tahun kesemuanya, sehingga tempang akibat seksaan. Dari Kuwait dan Jerman beliau meluaskan dakwah ke peringkat antarabangsa, lalu memimpin sebagai Mursyidul Am ke-5 (1996–2002) dan meninggalkan banyak karya panduan jalan dakwah.
Bab 4 daripada 7 dalam 7 Nakhoda Ikhwan Muslimin
Baca bab penuhKata hikmah
التَّرْبِيَةُ لَيْسَتْ كُلَّ شَيْءٍ، وَلَكِنَّ كُلَّ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِالتَّرْبِيَةِ
Tarbiyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah.
Mustafa MasyhurTeks BM: e-buku, hlm. 56Terjemahan ArabDiterjemah daripada teks buku; teks asal belum ditemui.
Episod audio
Nakhoda 4: Mustafa Masyhur
Episod ini menyorot kecintaan Mustafa Masyhur kepada ilmu, kisah 'isteri pertama'nya iaitu dakwah, Peristiwa Jip dan seksaan di penjara, serta usahanya menyebarkan dakwah ke luar Mesir dan melalui penulisan.
Ringkasan audio dijana AI berdasarkan buku ini.
- Lahir
- 15 September 1921
- Tempat
- Sa'din, Manya al-Qamh
- Kerjaya
- Ahli kaji cuaca
- Tempoh memimpin
- 1996 – 2002 (6 tahun)
- Wafat
- November 2002 (83 tahun)
Garis hayat
- 1948Dipenjara kali pertama, hingga 1951
- 1954Dipenjara kali kedua, hingga 1964
- 1965Dipenjara kali ketiga, hingga 1971
- 1996Dilantik Mursyidul Am ke-5
- 2002Uzur pada 29 Oktober; meninggal dunia pada November