Langkau ke kandungan
Kulit buku 7 Nakhoda Ikhwan Muslimin

7 Nakhoda Ikhwan Muslimin

Generasi Di Balik Besi

Kompilasi Biografi dan Kisah Perjuangan Tokoh Dakwah

Kajian untuk pengkaji, edisi 2026. Terbitan Almasar (Alumni Mahasiswa Mesir). 7 episod audio.

Baca online tanpa mengisi borang. Untuk muat turun PDF, isi borang ringkas dahulu.

Ikhwan Muslimin adalah salah satu jemaah umat Islam yang lahir berkesinambungan daripada kejatuhan khilafah pada tahun 1924. Ikhwan membawa aspirasi Islam yang menyeluruh dan membawa perubahan ke seluruh dunia Islam. Usianya yang menghampiri satu abad dan pengaruhnya yang tersebar ke lebih 90 buah negara membuktikan kematangannya dalam menempuh jalan dakwah dan islah. 7 Nakhoda Ikhwan Muslimin setelah Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna banyak mengajar dan membimbing para pendakwah menjadi peribadi daie yang mengesani umat. Kisah mereka adalah kisah-kisah teladan buat pencinta dakwah Islamiah.

  • Biografi tujuh Mursyidul Am Ikhwan Muslimin selepas Imam Hasan al-Banna
  • Garis hayat dan peristiwa penting setiap tokoh
  • Kata hikmah dalam teks Arab berserta terjemahan
  • Episod audio ringkas bagi setiap tokoh
Cetakan pertama
Jun 2016
Editor
Nawfal Ahmad
Reka bentuk kulit
Ubaidah Zaidi
Reka bentuk susun atur
Hikmat Esa

Tujuh nakhoda

Pilih seorang nakhoda untuk membuka garis hayat, kata hikmah dalam bahasa Arab dan terjemahannya, serta episod audio. Tempoh setiap Mursyidul Am mengikut buku. Tekan satu blok pada rantai kepimpinan di bawah untuk membuka halaman nakhoda itu.

  1. Nakhoda 1 Mursyidul Am ke-2 Hasan al-Hudhaibi 1951–1973
  2. Nakhoda 2 Mursyidul Am ke-3 Umar at-Tilmisani 1974–1986
  3. Nakhoda 3 Mursyidul Am ke-4 Muhammad Hamid Abu Nasr 1986–1996
  4. Nakhoda 4 Mursyidul Am ke-5 Mustafa Masyhur 1996–2002
  5. Nakhoda 5 Mursyidul Am ke-6 Makmun al-Hudhaibi 2002–2004
  6. Nakhoda 6 Mursyidul Am ke-7 Mahdi Akif 2004–2010
  7. Nakhoda 7 Mursyidul Am ke-8 Dr. Mohammed Badie 2010–kini

Rantai kepimpinan, 1951 hingga hari ini