Langkau ke kandungan

Dasar Privasi

PenaHayah mengumpul data hanya apabila anda memilih untuk mengisi borang muat turun PDF. Membaca online tidak memerlukan borang.

Data yang dikumpul

Borang muat turun PDF meminta maklumat berikut:

  • Waktu borang dihantar
  • Judul buku yang dimuat turun
  • Nama
  • Emel
  • No. telefon (pilihan)
  • Negeri atau negara
  • Pilihan pada popup sumbangan (cth. RM10 atau teruskan tanpa menyumbang)

Pilihan pada popup sumbangan hanya merekod butang yang anda tekan. Ia bukan bukti bayaran.

Laman ini tidak mengumpul data pembayaran. Sumbangan melalui DuitNow dibuat di luar laman ini, dalam aplikasi bank atau e-dompet anda.

Tujuan

Data borang digunakan untuk mengetahui siapa yang membaca dan memuat turun buku di PenaHayah, menyediakan statistik ringkas bagi menambah baik platform ini, dan menghubungi anda jika ada sebarang perkembangan daripada PenaHayah. Data tidak dijual atau dikongsi dengan pihak ketiga.

Penyimpanan

Data borang disimpan dalam Google Sheets milik Almasar.

Tempoh simpanan: dua (2) tahun dari tarikh borang dihantar, kemudian data dipadam. Anda boleh meminta data anda dipadam lebih awal melalui emel penahayah@gmail.com.

Fail PDF

Borang muat turun membantu Almasar mengenali pembacanya. Ia tidak mengunci fail: PDF buku boleh diakses oleh sesiapa yang mempunyai pautannya.

Kuki dan penjejakan

Laman ini tidak menggunakan kuki dan tiada alat analitik atau penjejakan. Ia hanya menyimpan satu pilihan fungsi dalam storan sesi pelayar anda (sama ada panel Dengar & Terokai dilipat), dan ia hilang apabila tab ditutup.

Hak anda

Anda boleh meminta untuk melihat, membetulkan atau memadam data anda dengan menghubungi Almasar.