
Nakhoda 3 Mursyidul Am ke-4
Muhammad Hamid Abu Nasr
Pejuang Teladan dalam Dakwah
Pemuda Manfalut, Asyut, yang berbaiah kepada Imam Hasan al-Banna atas al-Quran dan kekuatan, lalu menjadikan cawangan Manfalut antara yang paling aktif. Dipenjarakan kira-kira 20 tahun (1954–1974), beliau menolak tawaran bebas dengan syarat taat kepada Jamal Abdul Naser. Sebagai Mursyidul Am ke-4 (1986–1996), beliau memperkukuh penyertaan politik Ikhwan dan prinsip syura dalam pemilihan pimpinan.
Bab 3 daripada 7 dalam 7 Nakhoda Ikhwan Muslimin
Baca bab penuhKata hikmah
إِنَّنَا لَنْ نُفَاوِضَ عَلَى أَرْضِ فِلَسْطِينَ أَبَدًا، فَفِلَسْطِينُ مِلْكٌ لِلْأُمَّةِ الإِسْلَامِيَّةِ
Sesungguhnya kami tidak akan berunding berkenaan bumi Palestin selamanya, kerana Palestin adalah milik umat Islam.
Hamid Abu NasrTeks BM: e-buku, hlm. 42Terjemahan ArabDiterjemah daripada teks buku; teks asal belum ditemui.
Episod audio
Nakhoda 3: Muhammad Hamid Abu Nasr
Episod ini menyorot pertemuan Muhammad Hamid Abu Nasr dengan Imam Hasan al-Banna di Manfalut, keteguhannya di penjara Turoh, dan perkembangan Ikhwan di arena politik Mesir semasa beliau menjadi Mursyidul Am.
Ringkasan audio dijana AI berdasarkan buku ini.
- Lahir
- 25 Mac 1913
- Tempat
- Manfalut, Asyut
- Kerjaya
- Penggerak dakwah; anggota Maktab Irsyad
- Tempoh memimpin
- 1986 – 1996 (10 tahun)
- Wafat
- 20 Januari 1996 (83 tahun)
Garis hayat
- 1933Sijil al-Kafa'ah; aktif dalam persatuan Islam
- 1954Ditangkap; kira-kira 20 tahun penjara kerja berat
- 1974Dibebaskan
- 1986Dilantik Mursyidul Am ke-4
- 1996Meninggal dunia, 20 Januari